Wednesday, April 1, 2009

Jurnal projek melayu


Apa bila cikgu menyebut perkataan 'projek', banyak soalan terus bermain di dalam minda saya pada saat itu. Antaranya adalah, 'projek apa?', 'Susah?' dan 'dengan siapa?'. Rupa-rupanya tentang kemerdekaan singapura... Saya disuruh bekerjasama dengan Amirah dan Reynardi. "Hah, kemerdekaan Singapura. Siapa pun tahu..." kata hati saya dengan bangga. Tetapi apabila sedang menjalani proses membuat projek itu, barulah saya sedar kata-kata hati saya ternyata salah. Bukanya saya tidak tahu bagaimana... Hanya banyak sangat masalah yang dihadapi. Masalah, masalah, ada sahaja yang tidak kena. Masalah yang pertama adalah, saya tidak dapat mencari lelaman bahasa melayu buat informasi dalam bahasa melayu. Kedua, saya tidak tahu siapa akan membuat apa. Dan ketiga, Reynardi tidak hadir di sekolah buat 1 minggu(bukan dengan sengaja).Tetapi mujur, ada cara untuk menghadapi semua cabaran ini... Saya meletakkan gadget dwibahasa di blog saya agar boleh menterjemahkan perkataan inggeris ke perkataan melayu. saya meminta izin cikgu untuk memanjangkan tarikh tutup projek. Selepas itu tidak ada masalah lagi. Saya rasa gembira kerana dapat belajar tentang rakan-rakan dan juga Singapura dengan lebih mendalam...