Monday, July 6, 2009

kenapa remaja sering datang lambat ke sekolah

Selalunya, apabila lagu ‘national anthem’ dimainkan di sekolah, ramai pelajar sudah pun hadir dan mula menyanyi. Namun, ada juga yang lambat dan masih di luar sekolah. Kenapa? Inilah pendapat saya…

Yang pertama, ramai ibu-bapa yang fikir bahawa anak-anak mereka ini sudah cukup matang untuk mengambil alih tugas mereka kerana sudah menjadi remaja. Contoh-contoh tugasan adalah, menghantar adik ke sekolah, menjaga adik, menyiapkan sarapan pagi, dan mengemas rumah. Tugasan ini sudah cukup susah untuk remaja kini. Bukan sahaja, remaja kini tidak terbiasa dengan tugasan-tugasan ini, tetapi juga kini, guru-guru sering memberi banyak kerja rumah. Remaja juga sering akan menghadapi tekanan stres kerana sedang menghadapi masalah-masalah seperti kerja sekolah, kawan-kawan dan lain-lain. Jadi, masalah keluarga juga boleh menjadi sesuatu sebab kenapa remaja datang lambat ke sekolah.

Yang kedua, remaja juga sering ada sikap tidak bertanggungjawab. Contohnya adalah, malas untuk bangun awal. Jika sudah menyiapkan jam untuk mengejut diri sendiri pada pagi nanti, tentu pada pagi itu sendiri, apabila jam itu berbunyi, jam itu akan dipadamkan atau dicampak entah kemana. Ada juga jikalau dikejut oleh ibu-bapa, akan meminta lima minit untuk tidur lagi hingga sekolah sudah mahu bermula. Ada juga yang sengaja bangun lambat kerana mahu lari dari tugasan. Ada juga yang tidak tersadar yang sudah lewat dan masih tidur, tetapi itu tidak sepatutnya menjadi alasan.

Jadi inilah pendapat saya untuk ‘kenapa remaja dating lambat ke sekolah’. Apa yang boleh dilakukan? Remaja itu, harus ada discipline dalam dirinya dan apa sahaja yang dilakukan oleh dirinya.