Wednesday, February 2, 2011

kritis: KENTANG BELADO


500 gram kentang

6 buah cili merah

4 lembar daun jeruk

2 lembar daun salam

minyak


Rasanya pedas. rempahnya sedap dan rasanya seperti sambal. Ia tidak begitu berkhasiat kerana kentang tidak boleh dimakan selalu dan ia berminyak. Ia harus dimakan dalam kuantiti yang kecil.

kritis: RENDANG DAGING


800g - 1kg daging lembu

200 g kerisik

1 liter santan pekat

daun kunyit di rincik halus

garam secukup rasa


Rasanya agak pedas. Dagingnya lembut dan tidak keras. saya boleh merasai lemaknya dan ia amat enak. Ia tidak begitu berkhasiat kerana mempunyai banyak minyak. Makanan ini boleh dinikmati sekali-sekali kerana ia tidak bagus untuk kesihatan.

Sunday, January 30, 2011

kritis makanan:SOTONG MASAK HITAM


Resipi: setengah biji bawang besar
1/4 biji bawang putih
sedikit halia
sotong( simpan dakwat hitam)
garam, gula, 9 biji lada hitam dan air
Tempat makan: Restoran Minang
Kritis: Rasa masakan ini agak pedas. Sotongnya juga agak lembut dan tidak keras atau susah digigit. Ia amat enak. Berdasarkan resipi di atas, ia tidak begitu berkhasiat kerana tidak bersayuran.
Rasional: Masakan ini amat enak walaupun ia agak pedas, kerana ia lembut dan senang digigit. Masakan ini harus dinikmati sekali-sekali sahaja kerana ia tidak berkhasiat dan berkolesterol dan tidak begitu bagus untuk kesihatan kita.