Taj mahal adalah satu dari tujuh binaan ajaib dunia. Ramai mudah terpegun dengan binaan ini, bukan sahaja kerana keindahan binaan ini, tetapi juga dengan sejarah di sebaliknya.
Taj mahal adalah contoh terbaik senibina mughal yang mengabungkan senibina Parsi, Turki, India dan senibina Islam. Binaan ini juga mempunyai makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain. Taj mahal terletak di tebing sungai Jumna behampiran Agra, India. Ia merupakan makam yang dibina oleh maharaja Shah Jahan buat isterinya yang kelima, mumtaz mahal, yang meninggal pada tahun 1631. Mumtaz meninggal ketika melahirkan anak keempat belas mereka, Gauhara Begum. Shah Jahan dilanda dengan kesedihan atas kematian isteri kesayanganya. Ia dipercayai bahawa dia membina Taj mahal dengan kematian Mumtaz dan cerita cintanya sebagai sebuah inspirasi.
Inilah sebab-sebab mengapa Taj mahal adalah sebuah pembinaan istimewa. Sejarah disebalik binaan ini juga begitu indah. Tidak hairanlah mengapa binaan ini adalah satu dari tujuh binaan ajaib dunia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment