Sunday, January 31, 2010

Monday, January 18, 2010

karangan naratif


Kehidupanku dengan wajah dan tubuhku yang cacat kini akan ku teruskan. Teman-teman sudah menjauhkan diri. Aku sedar inilah hukuman yang setimpal dengan dosaku terhadap ibu. Aku teringat bagaimana aku sangat berbiadap kepada ibu yang masih menyayangi aku. Kini, aku terima balasanku dari tuhan dan mengambil masa ini untuk memperbaiki diriku.
Aku adalah seorang remaja yang gemar berfoya-foya. Aku juga mempunyai seorang teman lelaki, Ashriq, yang sering menemani aku ke tempat-tempat hiburan pada waktu malam. Seperti kejahatan yang aku lakukan tidak teruk, aku juga sering bersikap biadap kepada ibuku. Pada suatu malam, aku baru sahaja pulang dari kelab malam, dan apabila membuka pintu rumahku, ibuku sedang menungguku di sofa. " Prima, sudah dua pagi. Tadi kamu kemana, nak? ibu risau." tanya ibuku. Aku terus masuk ke bilikku dan mengunci pintu. Ibu mengetuk pintu bilikku sambil memanggil namaku berterus-terusan. Akhirnya, aku membuka pintuku dan memberitahu ibu yang dia tidak boleh memasuk campur dalam urusanku. Wajah ibu berubah dengan serta-merta. " Prima, ibu sangat menyayangimu. dan ibu hanya mengambil berat tentang kamu. kenapa kamu bersikap biadap kepada ibu, yang melahir..." aku terus menjawab sebelum ibu habis bercakap. "Ah! Diamlah! Mengambil berat ke masuk campur hal orang?". Aku menolak ibuku hingga dia terjatuh di lantai lalu keluar dari rumah semula. Aku menelefon Ashriq untuk memberitahunya untuk membawaku ke rumahnya supaya aku boleh menghinapdi sana buat masa ini. Ashriq akhirnya tiba dan mengajak aku untuk menaiki motorsikalnya. Semasa perjalanan ke rumah Ashriq, malang tidak berbau. Aku ditimpa kemalangan. Disaat aku dilanggar oleh sebuah lori, aku terus tidak sedarkan diri akibat impak yang kuat itu. Apabila aku sedar, aku mendapati bahawa aku berada di hospital. Ibuku, yang kakinya cedera akibat ditolak oleh aku, ada di sisiku. Dia memeluk aku dan memberitahu bahawa kakiku kodong dan mukaku cacat dan Ashriq pula meninggal dunia. Aku menangis teresak-esak.
" Sayang, jangan susah hati. Kamu sudah pulih dan pulang ke rumah." ujar ibu. Aku terus memeluknya. Mulai dari hari ini, aku tidak akan bersikap biadap lagi. Aku akan terus menyayanginya dan menghargai segala pengorbananya.

Monday, January 11, 2010


Taman Tergantung Semiramis atau lebih dikenali sebagai Taman Tergantung Babylon, kini Iraq, adalah satu daripada tujuh keajaiban dunia. Ia telah dibina oleh Raja Nebuchadnezzar II, anak kepada Nabopolassar yang telah menguasai Kerajaan Babylon dan mengakibatkan berakhirnya tamadun Mesopotamia yang selama ini dibawah pimpinan Raja Hamurabi. Taman tergantung Babylon terletak sekitar 50 kilometer selatan Baghdad, Iraq.
Taman Tergantung ini juga telah dicatatkan dalam sejarah Yunani tetapi tidak banyak bukti yang menyokong akan kewujudannya. Sesetengah bukti yang dikumpulkan ketika penggalian istana Babylon tidak menunjukkan lebih dari sekadar hiasan yang menarik. Sesetengah berpendapat yang lokasinya mungkin telah dikelirukan oleh masa yang terlalu lama.
Jikalau wujud Taman tergantung babylon ini,dan bukan sekadar hiasan, inilah cerita sebalik Taman ini. Taman tersebut dibina untuk menggembirakan isteri Nebuchadnezzar, Amyitis yang rindukan kampong halaman. Amyitis, anak kepada raja dari kerajaan medes, telah berkahwin dengan Nebuchadnezzar untuk menjalinkan hubungan kerjasama antara dua negara tersebut. Amyitis berasal dari sebuah negara yang mempunyai sebuah kawasan yang subur menghijau dan berbukit-bukau. Apabila berpindah ke sebuah kawasan yang tandus berbatu, dia bersedih dan tidak selesa dengan kawasan tersebut. Maka, raja memutuskan untuk membina keadaan seperti kampong halamannya di sebuah bukit tiruan yang berbumbungkan kebun-kebun dan taman. Taman Tergantung sebenarnya tidaklah betul-betul "tergantung". Namanya datang dari terjemahan yang kata Yunani kremastos, yang bermaksud bukan hanya "tergantung” tetapi "anjung," seperti terletak di atas berandah atau suatu teres.
Ahli geografi Yunani Strabo, yang memperihalkan tentang taman itu pada kurun pertama Sebelum Masihi, menulis “Taman tersebut adalah segi empat. Ia mempunyai teres yang bertutup dalam keadaan menaik di atas yang lain, dan dipasakkan dengan tiang berbentuk petak. Semua itu berongga yang berisi tanah untuk membenarkan pokok-pokok besar untuk ditanam. Tiang-tiang, ruang dan teres-teres dibina dari bata yang dibakar dan simen tampalan."
Jika taman itu wujud, ia akan mempamerkan suatu pemandangan yang menarik: Bukit buatan yang subur menghijau memberi kelainan dari yang lain di sekelilingnya yang tandus.


informasi terdapat daripada lelaman web wikipedia

gambar terdapat dari google images