Saturday, March 7, 2009

kemerdekaan singapura


9 0gos1965. Singapura melepaskan diri dari Negara Federasi Malaysia dan sebulan kemudian menjadi Negara Republik Singapura. Tanggal 9 Ogos menjadi hari nasional yang dirayakan seluruh rakyat negara berlambang singa ini. Selepas kemerdekaan, Singapura sedar bahawa negara kita ini perlukan pertahanan sendiri dan bukan pertahanan dari negeri lain. pada masa itu Singapura hanya mempunyai 50 askar dan 1000 lelaki dan 2 kapal buat pertahanan. Jadi dari situ keluar idea untuk mengumpul pemuda untuk menjalani NS(Servis Nasional). Ramai rakyat Singapura bersetuju dan menyokong idea bagus itu. Notis pendaftaran diberikan pada mac 1967 buat pemuda-pemuda yang terpilih buat NS. Sebanyak 9000 pemuda yang dilahirkan pada pertengahan 19 Januari 1949 dan 30 Jun 1949 dipilih untuk servis nasional dan ramai mengisi kertas pendaftaran itu pada masa yang tepat. Apabila pertahanan Singapura mula menjadi berkesan, British memberitahu bahawa mereka akan mengeluarkan semua pertahanan mereka dari Singapura. Pemberitahuan ini membuat Singapura lebih cepat untuk membuat lebih pertahanan dan menghasilkan alat-alat pertahanan yang sebenarnya patut dihasilkan pada tahun-tahun yang akan datang. Dari sini, pemuda-pemuda kita dapat mempelajari bahawa mereka sendiri yang harus mempertahankan Singapura. Dan dari situlah Singapura berubah menjadi Singapura yang aman dan damai yang kita kenali sekarang...

No comments:

Post a Comment