Wednesday, March 11, 2009

Pengalaman dan perasaan saya memulakan blog bahasa melayu


Perasaan saya? saya berasa amat selesa membuat blog baru. Sebenarnya, saya sudah membuat blog bahasa melayu di rumah kerana amat ghairah. Saya juga tidak menghadapi masalah kerana telah membuat dua blog yang lain sebelum ini. Saya amat suka menambah gadget-gadget seperti Video, gambar-gambar dan sebagainya. Tetapi ada juga masalah yang dihadapi seperti apabila saya mahu menghapuskan satu pos yang ada perkataan yang dieja salah. Saya tidak tahu bagaimana mahu menghapuskan pos itu. Mujur ada ayah di rumah yang mahir dalam bahagian teknologi... Ayah mengajar saya bagaimana untuk mengedit pos itu. Saya berasa amat lega dan berterimakasih kepada ayah berpuluh-puluh kali. kalau tidak kerana ayah, mungkin saya telah pun membuat blog yang lain... Saya juga telah meletakkan sebuah gadget yang boleh menterjemahkan perkataan inggeris ke perkataan melayu. Jadi bagi rakan-rakan yang mempunyai masalah dengan perkataan melayu, silakan mengguna gadget itu.:)Saya juga harap menulis blog melayu boleh memahirkan bahasa melayu saya...

No comments:

Post a Comment