Thursday, July 29, 2010
PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KEEMPAT BELAS
Make your own widget at Blixy.com!
Entri ini adalah entri terakhir saya buat Pertandingan Blogging 2010. Setelah membuat kajian tentang budaya melayu, saya kini kenal budaya Melayu dengan lebih mendalam. Saya tidak sangka budaya Melayu begitu indah. Pada mulanya, saya fikir bahawa budaya Melayu adalah sebuah budaya yang kuno dan membosankan. Saya fikir muzik dan persembahan orang barat adalah lebih menarik kerana ia rancak dan terkini. Tetapi sekarang saya sedar bahawa saya salah. Budaya melayu mempunyai daya tarikkan yang unik. Ia tidak rancak, tidak terkini, tetapi tidak bermaksud tidak menyenangkan. Pada pertama kali saya mendengar muzik melayu atau melihat persembahan tarian tradisional melayu, saya tidak mahu berhenti mendengar atau menonton. Saya amat terhibur. Kini, saya amat bangga dengan budaya Melayu dan sering menceritakan tentang budaya Melayu kepada kawan-kawan saya yang berlainan bangsa. Dengan pengalaman ini, saya dapat menghargai budaya Melayu. Saya harap, anda juga dapat bermanfaat dari membaca blog saya! Terima Kasih! :D
Wednesday, July 28, 2010
PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KETIGA BELAS
Tuesday, July 27, 2010
PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEDUA BELAS
Sunday, July 25, 2010
PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KESEBELAS
Saturday, July 24, 2010
Friday, July 23, 2010
PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KESEMBILAN
Gulingtangan
Pada bulan Jun yang lepas, saya, guru-guru serta rakan-rakan sekolah berdarmawisata ke Brunei Darussalam buat empat hari untuk mempelajari tentang budaya mereka. Kami berpeluang untuk melawat Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (SM RIPAS)dan mengenali sistem pelajaran mereka buat dua hari. Di sana, kami mempelajari bahawa di Brunei ada banyak puak-puak melayu yang berlainan. Kami juga mempelajari tentang makanan dan permainan tradisional brunei, juga adat-adat perkahwinan mereka. Yang paling mengkagumi saya adalah muzik tradisional mereka kerana saya adalah peminat setia muzik. Pada hari terakhir kami di SM RIPAS, kumpulan Gulingtangan sekolah memainkan irama-irama Gulingtangan. Sebenarnya, pada pertama kali saya mendengar irama lagu gulingtangan, saya ingatkan kumpulan itu adalah kumpulan muzik Gamelan. Alat-alat muziknya agak sama. Saya amat kagum mendengar irama yang sungguh menyenangkan fikiran itu. Pada masa itu saya berharap yang guru saya akan mengadakan Gulingtangan sebagai sebuah aktiviti luar korikulum di sekolah kami. Kerana sangat berminat, saya dan rakan-rakan saya pun mula bertanya guru SM RIPAS tentang muzik tradisional Brunei itu. Dia memberitahu kami tentang alat-alat muzik gulingtangan, bila ia dipersembahkan dan disamping apa ia selalu dipersembahkan. Alat-alat muzik yang digunakan di dalam Gulingtangan adalah, Derbuka, Gendang labik, Gong, Gulingtangan, tawak-tawak, canang, Accordian, Shaker, Tambourine, Hadrah dan Chimes. Buat SM RIPAS, ia dipersembahkan pada Pertandingan Gulingtangan Senegara, acara-acara sekolah, acara-acara negara, majlis perkahwinan dan kadangkala sambutan khas. Kumpulan Gulingtangan selalunya mengandungi lapan hingga sepuluh ahli kumpulan dan selalu dimainkan disamping tarian atau nyanian. Selepas bertanya tentang Gulingtangan, saya dan rakan-rakan mengambil gambar dengan kumpulan Gulingtangan itu buat memori kami di sana.
PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KELAPAN
Berikut merupakan keratan akhbar yang saya tukil daripada Berita Harian Singapura hasil kajian saya tentang Kuda Kepang. Sebelum ini saya sangkakan Kuda Kepang sekadar satu hiburan namun Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura membuat saya tertanya kaitan antara budaya dan agama.
11 Apr 2010
ISTIMEWA
Tengkarah kuda kepang
Oleh
Chairul Fahmy Hussaini Dan Hisham Hasim
Dari sudut agama Islam pula, ia ditegah.
Pejabat Mufti, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), memperingatkan bahawa bahawa tarian kuda kepang yang melibatkan unsur-unsur menurun adalah haram dan menasihatkan masyarakat Islam supaya menghindari amalan sedemikian.
'Persembahan yang melibatkan unsur-unsur (menurun) tersebut bukan saja membahayakan diri pemain yang terlibat tetapi juga mengganggu ketenteraman orang awam yang hadir,' kata Pejabat Mufti.
Muis memberikan nasihat tersebut menyusuli pertanyaan Berita Minggu (BM) berhubung pendiriannya mengenai kegiatan sedemikian yang kelihatan semakin ketara sejak kebelakangan ini.
Malah, Muis pernah mengeluarkan fatwa dalam tahun 1979, mengumumkan bahawa permainan kuda kepang adalah haram di sisi Islam, kerana ia melibatkan penggunaan kuasa ghaib yang diserapkan kepada seseorang. Namun, kegiatan itu tetap tidak luput, malah berkembang sejak beberapa tahun lalu.
Menurut beberapa kumpulan yang ditemui akhbar ini, tarian tradisional yang asalnya dari Jawa itu kini telah memikat lebih ramai golongan muda dan minat terhadapnya semakin ketara dengan tayangan persembahan yang dimuat naikkan ke YouTube.
Namun difahamkan juga bahawa segolongan remaja yang terlibat turut terkait dalam kumpulan samseng jalanan (street corner gangs) dan kumpulan kongsi gelap.Ketika menjawab pertanyaan BM, Majlis Bandaran Parti Tindakan Rakyat (PAP) berkata persembahan kuda kepang kini juga tidak dibenarkan diadakan di kolong blok dan kawasan-kawasan terbuka di estet perumahan awam di bawah naungan Majlis Bandaran PAP.
Ditukil dari lelaman: http://cyberita.asia1.com.sg/mistimewa/story/0,6879,162596,00.html
PANDANGAN PERIBADI SAYA
Setelah membaca rencana di atas saya sedar akan bahayanya persembahan Kuda Kepang ini. Namun jika ia sekadar satu persembahan tarian yang TIDAK melibatkan 'upacara menurun' serta 'penggunaan kuasa ghaib' atau apa sahaja unsur yang bercanggah dengan ajaran agama Islam, Kuda Kepang merupakan sebuah persembahan tarian yang penuh warna -warni dan menarik memandangkan tarian ini menggunakan anyaman kuda kepang dan juga gerak-geri tariannya yang pelbagai dan penuh aksi. Kesimpulannya tarian ini merupakan satu budaya masyarakat Melayu namun ianya bercanggah dengan ajaran agama Islam yang dianuti kebanyakannya oleh orang Melayu.
Thursday, July 22, 2010
PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KETUJUH
Make your own widget at Blixy.com!
Dalam entri ini, saya telah meletakkan dua video kuda kepang. Video yang pertama adalah gerak-geri tarian kuda kepang dan video kedua adalah gerak-geri penari/pemain tarian kuda kepang ketika mereka sedang mabuk atau naik syeh.
video pertama:
Video kedua:
Wednesday, July 21, 2010
PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KEENAM
Make your own widget at Blixy.com!
Temubual bersama SM(nama benar tidak boleh diberitahu), seorang remaja dari sebuah sekolah menengah di timur, yang juga seorang penari/pemain kuda kepang.
Saya: Apakah yang membuat anda tertarik kepada seni persembahan kuda kepang?
SM: Persembahanya menarik kerana ia mempunyai unsur-unsur mystique seperti, memakan kaca. Saya kagum kerana saya melihat penari-penarinya gagah dan kebal.
Saya: Siapakah yang memperkenalkan anda kepada tarian ini?
SM: Sejak darjah enam, saya mengikuti kawan-kawan untuk mencuba tarian ini. Abang kawan saya yang memperkenalkan kita kepada tarian ini.
Saya: Apakah pengalaman anda memasuki tarian ini?
SM: Pada mulanya, saya hanya menari mengikuti irama muzik yang dimainkan. Kemudian ketua kumpulan tarian itu mempelawa saya untuk mencuba menjadi 'mabuk atau menurun' apabila saya menari. Kerana amat kagum dengan pergerakkan penari-penari yang lain, saya bersetuju. Saya disuruh memakan tujuh jenis bunga dan meminum segelas air bunga yang dicampurkan dengan kaca yang dihancurkan. Selepas berbuat demikian, saya mendengar bunyi nyaring di telinga saya. Itu bermaksud saya sudah boleh menjadi mabuk ketika menari. Saya diberi watak Andoman di dalam tarian itu. Andoman adalah nama seekor monyet hitam. Selepas itu, saya diajak ke gelanggang untuk berlatih. Setelah muzik dimainkan, saya menari mengikuti irama dan setelah lama mengikuti irama saya mula mabuk dan 'naik syeh'.
Saya: hmmm... menarik sungguh pengalaman anda. Adakah anda mempunyai pengalaman yang tidak boleh dilupakan?
SM: Ya, saya ingat semasa pertama kali saya 'naik syeh', saya dikejar oleh penari-penari lain yang sedang menunggang kuda. Saya amat takut pada masa itu hingga saya lari hingga ke tingkat lima. Ketua kumpulan sedar yang saya masih tidak sedia lalu menyedarkan saya.
Saya: Bagaimanakah ketua kumpulan menyedarkan anda?
SM: Dia memukul saya dengan sebuah pecut.
Saya: Anda tidak rasa sakit kah?
SM: Tidak, kerana masa itu saya masih mabuk.
Saya: oh, Terima Kasih kerana sudi ditemubual.
Tuesday, July 20, 2010
PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KELIMA
Make your own widget at Blixy.com!
Temubual bersama seorang kawan yang juga seorang penari kuda kepang.
Kawan: Benar. Kuda kepang mempunyai beberapa pantang larang.
Saya: Apakah contoh-contoh pantang-larangnya?
Kawan: Kumpulan pemain kuda kepang diperlukan menyerahkan pengeras seperti, kemenyan, air mentah, nasi campur dengan lauk ayam dan sayur, serta beberapa jenis kuih kepada Tok Bomoh untuk persembahan.
Saya: Jadi kuda kepang hanya mempunyai satu pantang-larang?
Kawan: Tidak, pemain-pemain juga tidak boleh diacah semasa dalam permainan atau ketika sedang mabuk kerana ditakuti akan melarat dan menjadikan keadaan tidak terkawal. Mereka juga tidak dibenarkan untuk melihat kain merah dan kaca.
Saya: Oh, mengapa?
Kawan: Buat kain merah, ia merupakan pantang larangan semulajadi dan buat kaca pula, ia untuk mengelakkan pemain dari memakan kaca tersebut.
Saya: Hmm... sungguh menarik! Terima kasih kerana sudi ditemubual!
Sunday, July 18, 2010
PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KEEMPAT
Make your own widget at Blixy.com!
Saturday, July 17, 2010
PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KETIGA
Make your own widget at Blixy.com!
Angklung dimainkan dengan cara menggoyangkan dan menggoncangkan buluh tersebut. Gabungan bunyi nyaring daripada buluh yang kecil serta bunyi bergema daripada buluh yang besar menghasilkan bunyi yang indah dan menarik.
Monday, July 12, 2010
PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KEDUA
Kuda Kepang
Saturday, July 10, 2010
PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI PERTAMA
Make your own widget at Blixy.com!