Friday, July 9, 2010
Filem dulu dan sekarang
Buat projek filem dulu dan sekarang, saya telah memilih filem syurga cinta dan madu tiga. Filem Syurga cinta adalah tentang dua insan yang mempunyai prinsip yang berlainan. Irham, adalah seorang anak orang kaya dan baru sahaja pulang dari negeri barat setelah selesai belajar. Dia seorang pemuda yang liar dan sering berfoya-foya. Syuhada pula adalah seorang gadis yang kuat beriman, sopan dan hidup sederhana. Dua insan itu bertemu di sebuah kafeteria ketika Irham sedang bersembang bersama rakan-rakannya. Kerana percaya bahawa gadis yang sering bertudung adalah bodoh dan tidak setanding dengannya, Irham diberi sebuah cabaran, iaitu, memikat gadis bertudung litup itu dan mempermainkannya dalam sebulan. Jika Irham bejaya berbuat demikian, dia akan diberi wang. Tidak sedar dengan niat Irham yang sebenar, dia terpedaya dan dipermainkan. Filem madu tiga pula adalah tentang seorang lelaki yang berniat untuk berkahwin dengan isteri kedua dan ketiga walaupun isteri pertamanya sering taat kepadanya. Kerana memikir bahawa isterinya adalah seorang yang mudah dipermainkan, dia menjalankan rancanganya. Tetapi, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Tidak lama kemudian, ketiga-tiga isterinya mendapat tahu tentang kelakuan suami mereka. Demi meningkatkan martabat mereka sebagai wanita, mereka berkerjasama untuk membalas dendam dengan suami mereka. Kedua filem-filem ini menggambarkan tentang kaum lelaki yang sering mempermainkan wanita dan tentang kaum wanita yang mudah terpedaya dengan kata-kata manis lelaki. Pada pendapat saya, filem-filem seperti ini adalah untuk menyedarkan wanita bahawa tidak semua lelaki ikhlas dengan kata-kata mereka. Kaum wanita harus sering berhati-hati dan tidak mudah mempercayai. Bukan bermaksud kaum wanita harus membenci lelaki dan tidak percaya kepada semua lelaki tetapi kaum wanita harus meningkatkan martabat mereka supaya tidak dianggap lemah. Buat kaum lelaki pula, filem ini sebenarnya memberi amaran bahawa, wanita tidak boleh dipermainkan dengan sesuka hati dan harus dihargai. Dengan setiap kelakuan, pasti ada balasannya. Saya juga berpendapat bahawa, filem-filem sebergini harus diproduksi sering sekarang, memandangkan kini, remaja semakin kerap menganggap cinta sebagai sebuah permainan dan sering melakukan perbuatan yang tidak sopan, juga mempercayai bahawa perkahwinan itu tidak penting. Kaum lelaki juga sering berpoligami sekarang hingga masyarakat sudah makin lali dengan perbuatan itu dan tidak melihat sebarang masalah dengan berbuat demikian. Mungkin dengan filem-filem bergini, masyarakat akan mengubah sikap dan menyedari kesilapan mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment