Wednesday, July 21, 2010
PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KEENAM
Make your own widget at Blixy.com!
Temubual bersama SM(nama benar tidak boleh diberitahu), seorang remaja dari sebuah sekolah menengah di timur, yang juga seorang penari/pemain kuda kepang.
Saya: Apakah yang membuat anda tertarik kepada seni persembahan kuda kepang?
SM: Persembahanya menarik kerana ia mempunyai unsur-unsur mystique seperti, memakan kaca. Saya kagum kerana saya melihat penari-penarinya gagah dan kebal.
Saya: Siapakah yang memperkenalkan anda kepada tarian ini?
SM: Sejak darjah enam, saya mengikuti kawan-kawan untuk mencuba tarian ini. Abang kawan saya yang memperkenalkan kita kepada tarian ini.
Saya: Apakah pengalaman anda memasuki tarian ini?
SM: Pada mulanya, saya hanya menari mengikuti irama muzik yang dimainkan. Kemudian ketua kumpulan tarian itu mempelawa saya untuk mencuba menjadi 'mabuk atau menurun' apabila saya menari. Kerana amat kagum dengan pergerakkan penari-penari yang lain, saya bersetuju. Saya disuruh memakan tujuh jenis bunga dan meminum segelas air bunga yang dicampurkan dengan kaca yang dihancurkan. Selepas berbuat demikian, saya mendengar bunyi nyaring di telinga saya. Itu bermaksud saya sudah boleh menjadi mabuk ketika menari. Saya diberi watak Andoman di dalam tarian itu. Andoman adalah nama seekor monyet hitam. Selepas itu, saya diajak ke gelanggang untuk berlatih. Setelah muzik dimainkan, saya menari mengikuti irama dan setelah lama mengikuti irama saya mula mabuk dan 'naik syeh'.
Saya: hmmm... menarik sungguh pengalaman anda. Adakah anda mempunyai pengalaman yang tidak boleh dilupakan?
SM: Ya, saya ingat semasa pertama kali saya 'naik syeh', saya dikejar oleh penari-penari lain yang sedang menunggang kuda. Saya amat takut pada masa itu hingga saya lari hingga ke tingkat lima. Ketua kumpulan sedar yang saya masih tidak sedia lalu menyedarkan saya.
Saya: Bagaimanakah ketua kumpulan menyedarkan anda?
SM: Dia memukul saya dengan sebuah pecut.
Saya: Anda tidak rasa sakit kah?
SM: Tidak, kerana masa itu saya masih mabuk.
Saya: oh, Terima Kasih kerana sudi ditemubual.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment