Tuesday, July 20, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KELIMA


Make your own widget at Blixy.com!


Temubual bersama seorang kawan yang juga seorang penari kuda kepang.

Saya: Setelah merujuk di internet tentang kuda kepang, saya mendapat tahu bahawa kuda kepang juga mempunyai pantang-larangnya. Adakah itu benar?

Kawan: Benar. Kuda kepang mempunyai beberapa pantang larang.

Saya: Apakah contoh-contoh pantang-larangnya?

Kawan: Kumpulan pemain kuda kepang diperlukan menyerahkan pengeras seperti, kemenyan, air mentah, nasi campur dengan lauk ayam dan sayur, serta beberapa jenis kuih kepada Tok Bomoh untuk persembahan.

Saya: Jadi kuda kepang hanya mempunyai satu pantang-larang?

Kawan: Tidak, pemain-pemain juga tidak boleh diacah semasa dalam permainan atau ketika sedang mabuk kerana ditakuti akan melarat dan menjadikan keadaan tidak terkawal. Mereka juga tidak dibenarkan untuk melihat kain merah dan kaca.

Saya: Oh, mengapa?

Kawan: Buat kain merah, ia merupakan pantang larangan semulajadi dan buat kaca pula, ia untuk mengelakkan pemain dari memakan kaca tersebut.

Saya: Hmm... sungguh menarik! Terima kasih kerana sudi ditemubual!

No comments:

Post a Comment