Tuesday, July 27, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEDUA BELAS

Hari ini, di kelas Bahasa Melayu, saya mempelajari tentang pakaian tradisional Melayu. Cikgu telah menyuruh kami membaca sebuah artikel tentang pakaian tradisional Melayu di buku kerja. Kerana ia agak menarik, saya mahu menceritakan sedikit tentang topik itu. Ia adalah tentang pakaian Cik Siti Wan Kembang. Beliau adalah Raja perempuan yang memerintah negeri Kelantan pada kurun ke-17. Nama baju itu adalah 'baju Cik Siti Wan Kembang'. Pakaian ini memerlukan tiga helai kain. Sehelai kain diikat di bahagian dada. Kain sarungnya pula diikat beropol di bahagian pinggang. Kain yang ketiga ialah selendang panjang yang dipakai di atas bahu. Semuanya diperbuat daripada tenunan songket. Perhiasan kepala pula dipanggil Sanggul. Perhiasan-perhiasan yang lain adalah, dokoh, gelang, pending dan keris. Perhiasan ini bertujuan untuk mencantikkan penampilan si pemakai serta menunjukkan kemegahannya. Saya terpegun melihat kecantikkan pakaian ini! Mungkin, bila Hari Raya Aidulfitri, saya boleh gayakan pakaian ini! seronoknya! :D

No comments:

Post a Comment