Friday, July 23, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KESEMBILAN


Gulingtangan

Pada bulan Jun yang lepas, saya, guru-guru serta rakan-rakan sekolah berdarmawisata ke Brunei Darussalam buat empat hari untuk mempelajari tentang budaya mereka. Kami berpeluang untuk melawat Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (SM RIPAS)dan mengenali sistem pelajaran mereka buat dua hari. Di sana, kami mempelajari bahawa di Brunei ada banyak puak-puak melayu yang berlainan. Kami juga mempelajari tentang makanan dan permainan tradisional brunei, juga adat-adat perkahwinan mereka. Yang paling mengkagumi saya adalah muzik tradisional mereka kerana saya adalah peminat setia muzik. Pada hari terakhir kami di SM RIPAS, kumpulan Gulingtangan sekolah memainkan irama-irama Gulingtangan. Sebenarnya, pada pertama kali saya mendengar irama lagu gulingtangan, saya ingatkan kumpulan itu adalah kumpulan muzik Gamelan. Alat-alat muziknya agak sama. Saya amat kagum mendengar irama yang sungguh menyenangkan fikiran itu. Pada masa itu saya berharap yang guru saya akan mengadakan Gulingtangan sebagai sebuah aktiviti luar korikulum di sekolah kami. Kerana sangat berminat, saya dan rakan-rakan saya pun mula bertanya guru SM RIPAS tentang muzik tradisional Brunei itu. Dia memberitahu kami tentang alat-alat muzik gulingtangan, bila ia dipersembahkan dan disamping apa ia selalu dipersembahkan. Alat-alat muzik yang digunakan di dalam Gulingtangan adalah, Derbuka, Gendang labik, Gong, Gulingtangan, tawak-tawak, canang, Accordian, Shaker, Tambourine, Hadrah dan Chimes. Buat SM RIPAS, ia dipersembahkan pada Pertandingan Gulingtangan Senegara, acara-acara sekolah, acara-acara negara, majlis perkahwinan dan kadangkala sambutan khas. Kumpulan Gulingtangan selalunya mengandungi lapan hingga sepuluh ahli kumpulan dan selalu dimainkan disamping tarian atau nyanian. Selepas bertanya tentang Gulingtangan, saya dan rakan-rakan mengambil gambar dengan kumpulan Gulingtangan itu buat memori kami di sana.

No comments:

Post a Comment