Friday, July 23, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KELAPAN



Berikut merupakan keratan akhbar yang saya tukil daripada Berita Harian Singapura hasil kajian saya tentang Kuda Kepang. Sebelum ini saya sangkakan Kuda Kepang sekadar satu hiburan namun Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura membuat saya tertanya kaitan antara budaya dan agama.

11 Apr 2010

ISTIMEWA

Tengkarah kuda kepang

Oleh

Chairul Fahmy Hussaini Dan Hisham Hasim

Dari sudut agama Islam pula, ia ditegah.

Pejabat Mufti, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), memperingatkan bahawa bahawa tarian kuda kepang yang melibatkan unsur-unsur menurun adalah haram dan menasihatkan masyarakat Islam supaya menghindari amalan sedemikian.

'Persembahan yang melibatkan unsur-unsur (menurun) tersebut bukan saja membahayakan diri pemain yang terlibat tetapi juga mengganggu ketenteraman orang awam yang hadir,' kata Pejabat Mufti.

Muis memberikan nasihat tersebut menyusuli pertanyaan Berita Minggu (BM) berhubung pendiriannya mengenai kegiatan sedemikian yang kelihatan semakin ketara sejak kebelakangan ini.

Malah, Muis pernah mengeluarkan fatwa dalam tahun 1979, mengumumkan bahawa permainan kuda kepang adalah haram di sisi Islam, kerana ia melibatkan penggunaan kuasa ghaib yang diserapkan kepada seseorang. Namun, kegiatan itu tetap tidak luput, malah berkembang sejak beberapa tahun lalu.

Menurut beberapa kumpulan yang ditemui akhbar ini, tarian tradisional yang asalnya dari Jawa itu kini telah memikat lebih ramai golongan muda dan minat terhadapnya semakin ketara dengan tayangan persembahan yang dimuat naikkan ke YouTube.

Namun difahamkan juga bahawa segolongan remaja yang terlibat turut terkait dalam kumpulan samseng jalanan (street corner gangs) dan kumpulan kongsi gelap.Ketika menjawab pertanyaan BM, Majlis Bandaran Parti Tindakan Rakyat (PAP) berkata persembahan kuda kepang kini juga tidak dibenarkan diadakan di kolong blok dan kawasan-kawasan terbuka di estet perumahan awam di bawah naungan Majlis Bandaran PAP.

Ditukil dari lelaman: http://cyberita.asia1.com.sg/mistimewa/story/0,6879,162596,00.html

PANDANGAN PERIBADI SAYA

Setelah membaca rencana di atas saya sedar akan bahayanya persembahan Kuda Kepang ini. Namun jika ia sekadar satu persembahan tarian yang TIDAK melibatkan 'upacara menurun' serta 'penggunaan kuasa ghaib' atau apa sahaja unsur yang bercanggah dengan ajaran agama Islam, Kuda Kepang merupakan sebuah persembahan tarian yang penuh warna -warni dan menarik memandangkan tarian ini menggunakan anyaman kuda kepang dan juga gerak-geri tariannya yang pelbagai dan penuh aksi. Kesimpulannya tarian ini merupakan satu budaya masyarakat Melayu namun ianya bercanggah dengan ajaran agama Islam yang dianuti kebanyakannya oleh orang Melayu.

No comments:

Post a Comment