Sunday, July 18, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KEEMPAT


Make your own widget at Blixy.com!



Kuda kepang biasanya dipersembahkan di tempat terbuka atau di atas pentas yang besar. Akhir-akhir ini kita dapat menyaksikan persembahan kuda kepang ini di majlis-majlis persandingan pasangan pengantin.

Sebelum tarian bermula, Tok Bomoh akan membakar kemenyan dan membaca jampi untuk memberikan tenaga kepada kuda-kuda yang diperbuat daripada anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda namun tanpa kaki. Beliau menggunakan telur mentah, bunga, rumput, dan air untuk persembahan.

Dikawal seorang "danyang" yang melecutkan pecut untuk menentukan rentak tarian, setiap penari akan naik ke atas kuda masing-masing. Apabila muzik bermula, penari-penari yang dipimpin oleh "danyang" itu masuk ke gelanggang atau pentas. Rentak muzik selalu bermula dengan perlahan dan agak membosankan. Setiap penari akan menunggang dan mengikuti rentak dan irama lagu itu.

Ketika muzik menjadi lebih pantas, kuda-kuda akan menderap dengan lebih laju. Penari-penari boleh melakukan pergerakan yang aneh dan luar biasa seperti bersilat melompat-lompat setinggi enam kaki dan sebagainya. Semasa penari dalam keadaan sedemikian, bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini akan bertambah rancak. Kononnya jika alunan muzik tidak rancak, penari-penari akan akan menerkam atau menendang pemain muzik seakan-akan kuda yang sedang berang.

Penari-penari menari selama dua jam sehingga mengalami keadaan bersawai yang bermaksud terpukau dengan kehebatan pergerakan-pergerakan mereka. Ketika mabuk, mereka kekadang akan bermimpi menunggang kuda yang benar sambil menari-nari dengan iringan muzik. Keadaan ini dipanggil "naik syeh". Jika keadaan bertambah liar dan tidak dapat dikawali, Tok Bomoh akan mengarahkan pengawal-pengawal yang ditempatkan di setiap sudut gelanggang untuk menangkap dan merebahkan mereka ke tanah, dan seterusnya Tok Bomoh akan membaca jampi untuk memulihkan mereka.

No comments:

Post a Comment